10 Cara Bagaimana Nak Dapatkan Tawaran Kerjaya Pensyarah? Pemuda Ini Kongsikan Hasil Pengalaman 4 Tahun Dalam Industri Pendidikan. | Zaman sekarang kerjaya Pensyarah adalah antara salah satu kerjaya yang diimpikan semua orang terutama bagi pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda.
Profesion ini bukan saja dipandang tinggi kerana adanya peningkatan gred (pangkat) apabila sudah lama berkhidmat sebagai seorang Pensyarah Kolej dan Universiti.
Tetapi graduan sekarang memandang kerjaya ini untuk keselesaan bekerja dan tawaran Gaji Lumayan yang agak selesa untuk dimiliki terutamanya apabila ditawarkan kerjaya Pensyarah di Kolej / Universiti swasta.
Trend zaman sekarang terutamanya sejak tahun 2018 lalu sehingga kini 2022, graduan Ijazah Sarjana Muda sangat mengimpikan kerjaya ini kerana senang dipandang tinggi oleh sanak saudara dan rakan taulan terdekat.
Saudara Hafizz Salleh berkongsikan 10 Cara Bagaimana Nak Dapatkan Tawaran Kerjaya Pensyarah di Kebanyakan Kolej Sekitar Kuala Lumpur di laman fesbuk beliau.
Kerja Airport! Berminat ingin kongsikan Tips Mudah Dapatkan Tawaran Kerjaya Pensyarah yang diidamkan oleh kebanyakan graduan Ijazah Sarjana Muda sejak kebelakangan ini.
Bagaimana Nak Dapatkan Tawaran Kerjaya Pensyarah Di Kebanyakan Kolej / Universiti
.. Sebelum itu, dimaklumkan kepada semua hari ini adalah hari terakhir saya berkhidmat di President College Kuala Lumpur dan saya akan memulakan khidmat di Kolej yang baru, berpusat di Singapura pada hari Isnin nanti.
Rasa seram sejuk, takut, gementar dan rasa diri kerdil untuk menjadi “International Lecture” di negara metropolitan. Tetapi itulah yang dikatakan takdir, rezeki dan berkat dari Allah serta dari kedua ibu bapa saya.
Alhamdulillah !!! ..
Baiklah, ini adalah beberapa Tips yang saya amalkan sehingga ada yang pelik dengan saya macam mana saya boleh dapat tawaran terlalu banyak.
10 Cara Bagaimana Nak Dapatkan Tawaran Kerjaya Pensyarah Di Kebanyakan Kolej / Universiti
1. Saya sentiasa amalkan untuk rajin search job job apps yang saya ada, setakat ini saya ada Indeed, JobStreet, Jobs Malaysia dan Email saja. So rajin-rajinlah search apps ini.
2. Sentiasa tahu dengan apa bidang yang anda ingin ceburi. Macam saya, saya dah berkecimpung dengan pendidikan hospitaliti ini lebih kurang 4 tahun, jadi saya tanam dalam hati untuk teruskan bidang ni sebagai karier saya.
3. Bila dah tahu apa minat yg anda sukai, rajin-rajinkan diri, masa untuk search semua kolej-kolej dan universiti yang ada menawarkan bidang yang anda minati itu dan dapatkan Email HR dari pegawai khidmat pelanggan mereka.
4. Jangan hanya bergantung pada Open Vacancy baru nak mohon, apa yang saya lakukan adalah saya letak saja my UPDATED RESUME dekat email-email yang saya dapat tu walaupun kolej tu masih belum buka Open Vacancy.
Cara ini sebenarnya bagus dan menjimatkan kedua-dua pihak.
Sebabnya resume kita akan sentiasa didahului dan dilihat pertama sekali dan teratas dalam senarai majikan apabila ada kekosongan. Jadi syarikat akan jimat kos dan jimat masa untuk buat sebarang pengiklanan vacancy.
5. Sentiasa ‘close contact’ dengan mana-mana kawan, saudara mara, skandal ke atau sesiapa pun yang bekerja sebagai HR atau yang boleh tawarkan anda kerja kosong terbaru tak kisah lah dalam bidang apa yang anda minat.
6. Sentiasa peka dengan email terutamanya pihak yang link kan email dengan job apps. Sebab kadang-kadang syarikat tak hubungi kita melalui telefon tapi dia akan email pada kita Open Vacancy.
7. Sentiasa Berdoa, Berdoa dan Berdoa serta rajinkan diri untuk berkata dalam hati ‘Every Morning’ nak pergi kerja ke kuliah ke apa ke, sematkan fikiran positif yang anda akan lakukan pada hari tersebut dan tanamkan juga apa Doa / rancangan yang anda nak capai.
8. Gunakan segala laman sosial yang anda ada untuk ‘Search New Opportunity’ tak kisah lah laman sosial yang macam mana sekalipun.
Apps “Topeng Kuning” ke “Biru” ke “Oren” ke, gunakan saja TAPI kena ingat dengan matlamat dan sebab Kenapa anda download apps tersebut iaitu untuk cari peluang.
9. Sentiasa Update Resume dan jadikan resume anda itu resume yang indah di pandang, gunakan template yang melambak dekat google. Search je!
10. Sentiasa bersedekah dan mendoakan orang-orang sekeliling. Sedekah bukan hanya dalam bentuk materials tapi dalam apa juga bentuk pun boleh di jadikan sedekah.
Dah Baca 5 Seksyen Penting Wajib Ada Dalam Resume. Tak Buat Salah Satu Konfem Bakal Majikan Reject!
Kesimpulannya, ini adalah antara Tips yang saya amalkan sepanjang mencari karier masa depan.
Jika perasan, saya kerap tukar kerja, ada yang kata tak elok.
Ada yang kata “if you get better offer n opportunity, just go”. Jadi pesanan pada mereka yang bekerja Swasta, selagi mana datangnya offer yang LEBIH BAIK dari yang anda kerja sekarang, lebih baik ambik peluang!
Tak perlu kesah sangat resume tak cantik sebab asyik tukar tempat kerja, paling utama adalah yang nak hidup senang adalah kita, jadi kena pandai rebut peluang.
Portal Kerja Kosong Terkini Kerajaan & Swasta Malaysia berharap perkongsian 10 Cara Bagaimana Nak Dapatkan Tawaran Kerjaya Pensyarah Di Kebanyakan Kolej / Universiti ini dapat membantu anda terutamanya graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk memulakan kerjaya pertama selepas bergraduasi.
Jom sama-sama kita martabatkan institusi pendidikan di Malaysia bertaraf global dengan adanya Pensyarah muda, berkebolehan dan berkualiti.
Sila SHARE artikel ini dengan kawan kawan anda yang berminat nak kerja sebagai Pensyarah dengan tekan butang facebook, whatsapp, twitter moga mereka mendapat manfaat atas peluang ini.
Discover more from KERJA AIRPORT
Subscribe to get the latest posts sent to your email.