5 Seksyen Penting Wajib Ada Dalam Resume. Tertinggal Satu Bakal Majikan Konfem Reject! |
Resume adalah satu dokumen penting untuk dibawa semasa menghadiri temuduga.
Sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.
Selain dokumen penting seperti kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan, kolej dan universiti.
Resume merupakan dokumen paling penting bakal majikan akan menilai seseorang sebelum diambil bekerja.
Kerja Airport! Sangat berminat ingin kongsikan 5 Seksyen penting yang Wajib ada dalam resume mohon sesuatu kerja.
Sebagai orang yang nak mencari pekerjaan tetap dan baik untuk meneruskan kehidupan, Resume yang padat dan ringkas adalah resume yang ada 5 seksyen penting yang sangat-sangat dipandang bakal majikan yang akan menemuduga kita.
5 Seksyen Penting Wajib Ada Dalam Resume
Apa yang Penting dan Wajib ada dalam resume? Perngatan, tahun 2022 sudah berakhir.
2023 dan akan datang adalah tahun dimana semua orang sudah faham cara buat resume yang baik dan ringkas.
#1 Pengenalan Diri
– Nama penuh pemohon (Nama seperti dalam IC)
– Alamat Lengkap
– Gambar saiz passport
– No. Telefon
– Email (pastikan email anda ada NAMA BETUL anda DAN TIDAK ADA satu nombor pon dalam emel)
contoh emel profesional : nama seperti I/C – Ahmad Bin Asyraf , email – ahmad.asyraf@gmail.com atau ahmadasyraf@gmail.com atau ahmad_asyraf@gmail.com
#2 Latarbelakang Pendidikan
– Kelayakan pendidikan anda misalnya tahap tertinggi anda belajar dalam peringkat Ijazah, pasti dahulukan yang peringkat tertinggi
– Jika anda mempunyai diploma untuk pendidikan tertinggi. Letakkan pendidikan tertinggi Diploma sebagai yang tertinggi
– Jika paling tinggi pun hanya ada STPM / STAM. Letakkan juga ia sebagai tertinggi dan diikuti dengan SPM
BACA JUGA 5 Kesilapan Klise Resume Bakal Majikan Sangat Tak Suka Untuk 5 Saat Pertama
#3 Pengalaman Kerja
– Pengalaman kerja yang pernah anda lakukan. Tak kisah kerja yang paling bawah sekalipun seperti contoh kerja sebagai pam minyak atau promoter jualan
– Jika anda baru saja graduasi, anda wajib senaraikan pengalaman anda di Latihan Industri.
(tips: bakal majikan nak tengok part ini jika anda baru saja tamat belajar)
#4 Aktiviti Kokurikulum
– Senaraikan persatuan/ kelab yang pernah anda sertai dan nyatakan jawatan jika ada beserta tahun anda sertai
– Sebagai contoh. Pernah menyertai aktiviti ilmiah seperti debat, pidato, nasyid dan sukan seperti kejohanan bola sepak, bowling dan sebagainya. Senaraikan saja. (tips: bakal majikan suka pekerja yang aktif)
#5 Skill / Kemahiran
– Senaraikan skill atau kemahiran yang anda ada misalnya seperti Microsoft Word/ PowerPoint/ Excel, AutoCAD dan sebagainya
– Senaraikan kursus softskill yang pernah ambil misalnya seperti bahasa Mandarin, Arab, Indian dan blogging serta programming yang anda minat
Inilah antara perkara yang anda perlu titikberatkan untuk penulisan resume anda.
Jangan ambil mudah perkara ini! Jangan ambil tak cakna!
Dapat sesuatu? Share dekat Whatsapp dan sosial media yang lain ya.
BACA JUGA
JOBSTREET BAGI TIPS CARA NAK DAPATKAN KERJA SECEPAT MUNGKIN DI PORTAL MEREKA!
——-
ANDA DIPANGGIL UNTUK SESI TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN?
KETAHUI “RAHSIA SULIT” BAGAIMANA ANDA BOLEH LULUS TEMUDUGA KERAJAAN DENGAN MUDAH, TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG “KABEL” ATAU BANTUAN DARI “ORANG DALAM”
Klik Sini SEKARANG untuk maklumat lanjut atau Klik Sini
Discover more from KERJA AIRPORT
Subscribe to get the latest posts sent to your email.