KERJAIRPORT.COM

Ex Airport Staff Sharing Interesting Career

  • GAJI KERJA AIRPORT
  • CABIN CREW

Kerajaan Negeri Pahang Telah Melancarkan Aplikasi PahangGo Untuk Kemudahan Rakyat

June 1, 2020 kerjairport Pahang, Aplikasi, PERCUMA 0

kerajaan-negeri-pahang-melancarkan-aplikasi-pahanggo

KUANTAN, 1 JUN 2020 (Pahang Media) – Visi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) di Malaysia adalah untuk menghubungkan manusia, peralatan fizikal dan dunia digital.

Salah satu usaha untuk menghidupkan IR4.0 adalah menerusi digitalisasi.

Pada 2019, Kerajaan Negeri Pahang telah bekerjasama dengan sebuah anak syarikatnya untuk melancarkan PahangGo, sebuah aplikasi gaya hidup.

Menerusi Aplikasi PahangGo, pengguna boleh melakukan urusan lazim seperti:

1. Membayar Cukai

2. Membayar Zakat

3. Membayar Bil

4. Membeli Tambah Nilai Telefon

5. dan.. Membayar Parkir

secara digital dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Hari ini, PahangGo telah menaiktaraf fungsi dengan meluaskan kawasan Parkir Digital ke daerah Bentong.

PahangGo telahpun berbincang dan bekerjasama dengan Majlis Daerah Bentong bagi memastikan fungsi tersebut boleh digunakan dengan lancar.

Sebelum ini, fungsi Parkir Digital oleh PahangGo telah pun digunakan secara meluas di daerah Kuantan dan Cameron Highlands sahaja.

Rata-rata mereka yang menggunakan fungsi tersebut amat berpuas hati kerana fungsi Parkir Digital menjadikan proses membayar parkir lebih pantas, mudah dan mesra alam.

Fungsi Parkir Digital ini akan diperluaskan ke daerah-daerah lain di Pahang di masa hadapan.

Bagi yang ingin menggunakan Parkir Digital oleh PahangGo, boleh muat turun aplikasi mobil tersebut di Google Play atau Apps Store.

Install PahangGo di Google Play di sini

Install PahangGo di Apple Apps Store di sini

SHARE artikel ini kepada rodong-rodong aokme anok Pahang yang ada di seluruh Malaysia secepat mungkin weh.

Moga-moga aplikasi Pahang Go terus digunakan untuk kemudahan bayaran pelbagai bil dengan mudah di negeri Pahang.

BACA JUGA Wajib Install 14 Aplikasi Terbaik Ini Untuk Kemudahan Kerja & Simpanan Di Hari Tua

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...

Related


Discover more from KERJAIRPORT.COM

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

  • aplikasi pahang go
  • apps pahang go
  • pahang go apk
  • pahang go app download
  • pahang go bil air
  • pahang go carian rasmi
  • pahang go login
  • pahang go online
  • pahang go parking
  • pahang go website
the borneo broadcast selamat hari gawaiPrevious

3 Dari 625 Koleksi Gambar Menarik Ucapan Selamat Hari Gawai Trending Di Google

rayuan-kemasukan-ke-politeknik-sesi-jun-2020Next

RAYUAN UNTUK MELANJUTKAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI SESI JUN 2020

2 YEARS AS EMIRATES & MALAYSIA AIRLINES AIRPORT STAFF

WRITER-KERJAIRPORT.COM_

Top Posts & Pages🔎

  • Jawatan Kosong AirAsia Cabin Crew September 2023 – CABIN CREW (ONLINE APPLICATION)
  • Contoh OFFER LETTER Kerja Swasta. Aviation Offer Letter Dibongkarkan!
  • Berapa Gaji Kerja Airport Malaysia. 6 Sumber Ini Boleh Korang Rujuk!
  • Kerja Kosong Airport KLIA – Kerja Kosong Polis Bantuan Malaysia Airports (Aviation Security)
  • KERJA KOSONG 2023 – Kerja Kosong Tanpa Sijil
  • Step by Step Cara Nak Bina Kerjaya Sebagai Ramp Agent di Airport Malaysia.
  • Malaysia Airlines is a great option for families traveling with young children.
  • Memulakan Kerjaya dalam Airlines Career. Panduan Menjadi Cabin Crew di Malaysia.
  • 8 Website Berkaitan Penerbangan di Malaysia Yang Anda Boleh Bookmark!
  • Malaysia Airlines Cabin Crew Interview (Petaling Jaya) – 18 March 2023
  • Etihad Airways Mengumumkan Jualan Kilat Dengan Diskaun 20%.

Copyright © 2025 | WordPress Theme by MH Themes

%d