KUANTAN, 1 JUN 2020 (Pahang Media) – Visi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) di Malaysia adalah untuk menghubungkan manusia, peralatan fizikal dan dunia digital.
Salah satu usaha untuk menghidupkan IR4.0 adalah menerusi digitalisasi.
Pada 2019, Kerajaan Negeri Pahang telah bekerjasama dengan sebuah anak syarikatnya untuk melancarkan PahangGo, sebuah aplikasi gaya hidup.
Menerusi Aplikasi PahangGo, pengguna boleh melakukan urusan lazim seperti:
1. Membayar Cukai
2. Membayar Zakat
3. Membayar Bil
4. Membeli Tambah Nilai Telefon
5. dan.. Membayar Parkir
secara digital dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.
Hari ini, PahangGo telah menaiktaraf fungsi dengan meluaskan kawasan Parkir Digital ke daerah Bentong.
PahangGo telahpun berbincang dan bekerjasama dengan Majlis Daerah Bentong bagi memastikan fungsi tersebut boleh digunakan dengan lancar.
Sebelum ini, fungsi Parkir Digital oleh PahangGo telah pun digunakan secara meluas di daerah Kuantan dan Cameron Highlands sahaja.
Rata-rata mereka yang menggunakan fungsi tersebut amat berpuas hati kerana fungsi Parkir Digital menjadikan proses membayar parkir lebih pantas, mudah dan mesra alam.
Fungsi Parkir Digital ini akan diperluaskan ke daerah-daerah lain di Pahang di masa hadapan.
Bagi yang ingin menggunakan Parkir Digital oleh PahangGo, boleh muat turun aplikasi mobil tersebut di Google Play atau Apps Store.
Install PahangGo di Google Play di sini
Install PahangGo di Apple Apps Store di sini
SHARE artikel ini kepada rodong-rodong aokme anok Pahang yang ada di seluruh Malaysia secepat mungkin weh.
Moga-moga aplikasi Pahang Go terus digunakan untuk kemudahan bayaran pelbagai bil dengan mudah di negeri Pahang.
BACA JUGA Wajib Install 14 Aplikasi Terbaik Ini Untuk Kemudahan Kerja & Simpanan Di Hari Tua