7-Apps-Pelaburan-Sah-di-Malaysia-Selain-KWSP.-Korang-Wajib-Tahu-Jika-Nak-Bersara-Awal

7 Apps Pelaburan Sah di Malaysia Selain KWSP. Korang Wajib Tahu Jika Nak Bersara Awal!

App Pelaburan Sah di Malaysia

Saya susun cantik-cantik untuk korang mulakan simpanan.

App ini boleh mendisplinkan diri dengan simpanan.

Tak menyimpan paksa diri menyimpan juga.

Saya cerita satu-satu kegunaan app ini.

Baca thread sampai habis.

1. Tabung Haji

Simpanan paling selamat dan dijamin 100% oleh kerajaan. Nak plan pergi haji, simpan & kumpul RM10k.

Berjaya pergi haji kerajaan tambah lagi RM10k sebagai subsidi (T&C setakat ini). Siap sekali penolakan zakat.

Serampang 3 mata – Simpanan, Melabur dan Ibadah.

2. Amanah Saham Bumiputera

Sini dulu keistimewaan untuk bumiputera. Tetapi sekarang non-bumi pun boleh melabur.

Simpan dalam ini memang sedap tiap tahun dapat dividen. Sesuai jadikan tempat simpanan kecemasan 6 bulan.

Bumi: ASB1, ASB2, ASB3
Non-Bumi: ASM1, ASM2, ASM3

3. Raiz

Syarikat pelaburan Australia bekerjasama dgn PNB (kerajaan).

Uniknya app ini, dia akan laburkan duit baki perbelanjaan korang dengan cara mengenapkan jumlahnya.

Katakan belanja pakai kad debit RM10.60, Raiz akan genapkan RM11 dan 40 sen akan dilaburkan.

Daftar Raiz Apps kat sini.

4. FSM One

Sudah penuh atau capai objektif simpanan di atas, mulakan melabur di dana swasta. Risiko sedikit tinggi tetapi pulangan pun tinggi.

Yang celik kewangan dan pandai menganalisa dana sesuai menggunakan app ini untuk melabur.

5. Wahed Invest

ASB sudah ada, kita masuk pula dalam pelaburan Exchange Trade Fund (ETF). Ini adalah aset gabungan antara Unit Amanah dan Saham.

Berjinak dalam ETF dahulu sebelum melabur di pasaran saham.

Dah install Wahed Apps, masukkan code : MASBIN22 sebagai referral korang. Saya dapat RM10 PERCUMA, Korang yang guna code saya pon akan dapat RM10 PERCUMA.

6. MIDF & M+

Dah siap pelaburan risiko rendah dan medium, barulah beralih ke arah pelaburan berisiko tinggi.

MIDF adalah platform pelaburan antarabangsa sesuai yang ingin melabur ke luar negara.

M+ merupakan salah satu platform pelaburan tempatan saya gunakan.

7. LUNO

Sudah mahir semua pelaburan di atas, baru masuk di tempat pelaburan yang jauh lebih tinggi iaitu Kripto.

Kalau anda masih belum ada akaun Kripto, gunalah LUNO, platform pelaburan yg dibenarkan oleh SC.

Daftar Luno kat sini.

Sumber Rusydi Hassim@EdyrIts