Skip to content

Senarai Kerja Yang Mendapat Permintaan Tinggi Di Malaysia 2023

senarai-kerja-yang-mendapat-permintaan-tinggi

Zaman era teknologi sekarang ni, kemungkinan ada banyak jenis pekerjaan yang mungkin tidak diperlukan lagi atau kurangnya ambilan kerja kosong.

Graduan yang bakal tamat zaman diploma dan degree mungkin mengalami kesukaran mencari pekerjaan.

Dari dulu sehingga sekarang, mitos yang orang selalu cakap tu. Belajar lain, Kerja lain. Sebabnya pekerjaan tersebut terlalu tinggi permintaan dan kerja kosong yang ditawarkan akan rendah.

Penting bagi pelajar lepasan SPM iaitu adik-adik yang akan melanjutkan pelajaran untuk kaji dan ketahui dahulu bidang yang ditawarkan pihak universiti atau kolej.

Mereka juga perlu mengetahui bidang apakah yang mempunyai peluang kerja yang banyak mendapat permintaan tinggi khususnya di Malaysia pada tahun 2023 ini.

Menurut platform pekerjaan dalam talian (Online Job Portal) JobStreet Malaysia, 53 peratus daripada majikan di negara ini menzahirkan “keyakinan tinggi” terhadap pasaran pekerjaan di Malaysia.

Melalui perkongsian daripada Kementerian Sumber Manusia di facebook rasmi mereka mengeluarkan senarai pekerjaan kritikal (COL) atau pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia bagi tahun 2018/2019.

Ini pastinya memberi panduan untuk tahun 2023.

Senarai Kerja Yang Mendapat Permintaan Tinggi Di Malaysia 2023

Critical Operation List (COL) ialah senarai pekerjaan di Malaysia yang telah dikenal pasti sebagai berkemahiran, mendapat permintaan tinggi dan strategik. Jadi ianya ciri-ciri yang digunakan untuk mengetahui senarai pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi.

senarai-kerja-yang-mendapat-permintaan-tinggi-1

Berikut adalah 10 senarai bidang pekerjaan yang mempunyai peluang kerja dan mendapat permintaan tinggi di Malaysia:

#1 – Juruteknik Kejuruteraan Elektrikal

Pekerjaan ini telah tersenarai dalam Senarai Pekerjaan Kritikal (COL) selama 3 tahun berturut-turut, semenjak 2016 hingga 2018.

#2 – Pereka Grafik

Menjelang 2022, sebahagian besar syarikat yang ingin membina dan memasarkan perniagaan dijangka akan memperluaskan penggunaan teknologi mereka termasuk pasaran yang didayakan oleh aplikasi mudah alih dan laman sesawang.

#3 – Akauntan Bertauliah

Perkembangan pesat teknologi digital dan perubahan standard perakaunan telah membawa kepada evolusi peranan serta fungsi para profesional perakaunan. Pekerjaan ini antara kerja yang mendapat permintaan tinggi sejak 2015.

#4 – Penganalisis dan Saintis Data

Permintaan di kalangan majikan untuk kerjaya ini dijangka akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, memandangkan semakin banyak syarikat yang akan memperluaskan analisis data besar pengguna dan entiti menjelang 2022.

#5 – Ahli Kimia

Ahli kimia farmaseutikal juga merupakan salah satu pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi. Andalah pakar yang mengesahkan sesuatu suplemen itu bahaya atau baik untuk kesihatan manusia.

#6 – Keselamatan Siber

Sedang Malaysia beralih kepada ekonomi digital, keselamatan siber akan terus menjadi faktor penting dalam melindungi kepentingan pengguna daripada ancaman siber termasuk kecurian data dan sabotaj.

#7 – Kejuruteraan Makanikal

Kerjaya ini mendapat permintaan tinggi daripada majikan semenjak 2015. Jurutera Mekanikal sangat diperlukan oleh pelbagai sektor termasuk Plastik, Kimia, Elektrik dan Elektronik, Peranti Perubatan dan Peralatan Jentera.

#8 – Pembangun Perisian

Dengan peningkatan penembusan digital, syarikat-syarikat berkaitan e-dagang dan mudah alih dijangka akan mengembangkan perniagaan mereka dan dalam beberapa tahun akan datang, permintaan oleh majikan akan terus meningkat terutamanya bagi jurutera perisian mudah alih dan pembangun perisian.

Seperti Shopee dan Lazada.

#9 – Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah salah satu daripada kerjaya yang mendapat permintaan tinggi hari ini disebabkan oleh peningkatan permintaan terhadap penjagaan kanak-kanak.

#10 – Jurukimpal dan Jurupotong (Flame Cutter)

Kekurangan ketara pekerjaan ini disebabkan oleh kekurangan kesedaran serta pengiktirafan umum mengenai kemahiran tinggi yang diperlukan oleh kerjaya sebegini.

Ini antara 10 kerja yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia, jika anda ingin melihat perkerjaan lain di dalam senarai pekerjaan kritikal 2018/2019 yang disediakan oleh pihak Kementerian, anda boleh klik sini