Skip to content

Sebelum Apply Kerja Kerajaan. Mohon Fahami Part Penting Ini!

sebelum-apply-kerja-kerajaan-fahami-fakta-ini

Sebelum Apply Kerja Kerajaan. Mohon Fahami Part Penting Ini! | Anda teringin nak masuk kerja di sektor Kerajaan?

Disebabkan oleh kelebihan-kelebihan kerja Kerajaan ini anda sanggup mohon sana sini untuk tetap ingin berjaya masuk.

Tahniah! Kerana usaha anda itu betul. Terutama zaman sudah masuk tahun 2022.

Jadi semua orang ingin rasai kenikmatan sentiasa ada gaji setiap bulan untuk bayar komitmen dan yang paling penting kerja di sektor kerajaan ini (bagi yang bekerja officer hour) ada peluang cuti pada hari sabtu dan ahad serta cuti umum.

Sebelum mohon online mana-mana kerja di sektor Kerajaan. Sama ada di portal SPA9 atau portal SPA negeri.

Wajib lah kita tahu apa yang sepatutnya kita kena mengetahuinya dulu sebelum masuk bekerja di sektor Kerajaan.

Pernah dengar? Apabila sudah masuk jangan sesekali keluar!

Sebelum anda memohon jawatan dalam kerja Kerajaan, anda perlu membuat tinjauan atau kajian yang terperinci kerana anda perlu tahu hal ini.

Ia akan memberi impak kepada kerja anda di masa yang akan datang sekiranya anda ambil mudah perkara ini.

Ingat! Jangan ambil mudah

Pertama Kontrak Perkhidmatan Bertulis

Dalam kontrak ini terkandung beberapa maklumat penting iaitu nama majikan, jawatan pekerjaan, tarikh diterima berkhidmat, gaji permulaan, syarat dan masa bekerja, jumlah cuti, jumlah cuti sakit yang bergaji, faedah perubatan dan notis berhenti kerja.

Dah Baca 5 Seksyen Penting Wajib Ada Dalam Resume. Tertinggal 1 Poin Bakal Di-Reject!

Kedua Fahami Hak Pekerja

Seperti yang termaktub di dalam Akta Pekerjaan 1955 yakni membuat ketetapan bahawa penyata gaji perlu disertakan bersama gaji pekerja.

Dalam penyata tersebut perlu ada maklumat seperti gaji, bayaran kerja lebih masa, elaun, bonus, potongan KWSP dan PERKESO. Gaji pekerja haruslah dibayar dalam tempoh tidak lewat daripada hari ke 7 selepas hari terakhir setiap bulan.

Jangan Lupa kongsikan artikel ini dekat kawan kawan! Semoga bermanfaat.