Skip to content

Pelukis Seni Choong Chee Leong Hasilkan Potret Unik Dr Noor Hisham

Pemuda-Guna-4219-Skru-Hasilkan-Potret-Unik-Dr-Noor-Hisham

Pelukis seni Choong Chee Leong menjadi tumpuan netizen di media sosial selepas menghasilkan karya potret unik wajah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebagai tanda penghargaan Dr Noor Hisham dalam berjuang melawan wabak Covid-19, Choong atau terkenal dengan nama Ahguu berjaya membuat karya seni tersebut sebelum berkongsi di laman Instagram miliknya.


Lelaki berusia 33 tahun itu telah melakukan pelbagai eksperimen dengan benang dan paku sejak beberapa tahun dan mahu melakukan cabaran terhadap dirinya dengan menggunakan skru pula sebagai bahan seni.

Pada mulanya, dia melukis wajah Dr Noor Hisham pada sehelai kertas berbeza sebelum mengambil masa dua minggu bagi menyiapkan potret itu dengan menggunakan 4,219 skru secara keseluruhannya.


Pencinta seni kelahiran Perak itu mengakui karya seni yang menggunakan bahan seperti itu ibarat ‘main redah’ kerana tidak tahu sekiranya potret tersebut menyerupai wajah seseorang sehingga selesai dilakukan.

“Setiap skru perlu digerudi dengan tepat. Ada beberapa sentuhan untuk menjadikan ciri-ciri Dr Noor Hisham muncul pada akhirnya. Kalau tidak, ia akan kelihatan seperti orang lain,” katanya.


Sumber : Borakdaily