Skip to content

Panduan Permohonan Jawatan Bertaraf Diploma Lepasan Sijil Matrikulasi KPM (PDF Percuma)

Panduan-Permohonan-Jawatan-Bertaraf-Diploma-Lepasan-Sijil-Matrikulasi-KPM

Berikut merupakan Panduan pengguna permohonan Jawatan bertaraf Diploma bagi pemegang Sijil Matrikulasi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN (SPA9)

Berdasarkan SPP BIL.3/2016 Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tujuan Pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :

Kerajaan telah bersetuju supaya pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM diberi peluang untuk memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

Sehubungan itu, peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ke dalam Perkhidmatan Awam ditetapkan pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan berkaitan.

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai Januari 2017.

Cara-Cara Mohon Jawatan Bertaraf Diploma di Website SPA9

1. Pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang memenuhi kriteria berikut boleh memohon:

1. PNGK 2.00 dan ke atas
2. Lulus semua mata pelajaran wajib
3. Permohonan tertakluk kepada Dasar One-Step Lower

PERINGATAN : Permohonan setaraf Diploma TIDAK LAYAK memohon jawatan bertaraf PT3/PMR/SRP

2. Hanya maklumat keputusan yang diterima daripada Bahagian Matrikulasi dipaparkan di Sistem SPA9

3. Menu Maklumat Akademik : Sub Menu Sijil Matrikulasi – maklumat keputusan akan dipaparkan

4. Menu Jawatan Dimohon : Tab Diploma / STPM / STAM / Matrikulasi

– akan dipaparkan untuk permohonan jawatan bertaraf Diploma.

– Had maksimum jawatan yang dimohon adalah lima belas (15) sahaja.

Boleh download PDF PERCUMA Panduan Permohonan Jawatan Bertaraf Diploma Lepasan Sijil Matrikulasi KPM disini.

Baca Juga : Nak Mohon jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam? Mohon di Link Utama Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) disini.

kredit semakanupu , spa9