Perkara-Wajib-Semak-Lepas-Terima-‘Offer-Letter’-Kerja

14 Perkara Wajib Semak Lepas Terima ‘Offer Letter’ Kerja | Surat tawaran kerja atau “offer letter” merupakan surat tawaran rasmi yang diberikan oleh bakal majikan kepada pekerja yang bakal bekerja di syarikat terbabit.

Kebiasaannya, prosedur untuk memohon kerja adalah sama untuk mana-mana syarikat sekalipun.

Sama ada baru mohon atau sudah lama bekerja, yang paling penting adalah surat tawaran kerja.

Surat tawaran ini adalah satu dokumen yang penting seperti jawatan, jumlah cuti tahunan dan info-info lain yang dirasakan perlu.

Selalunya pemberitahuan keputusan temuduga akan disampaikan secara lisan mahupun email, whatsapp atau segala medium yang lain.

Walaupun anda gembira kerana ditawarkan kerja, namun pastikan anda meneliti betul-betul isi kandungan surat tersebut agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Penyampaian daripada email, whatsapp etc ini dianggap tidak rasmi sehingga calon mendapat surat tawaran kerja yang lengkap oleh syarikat tersebut.

Tapi, pernahkah anda terfikir Apakah Elemen Penting yang perlu ada dalam surat tawaran kerja tersebut?

Jangan risau hari ini Portal Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Malaysia berbesar hati untuk berkongsi tentang isu surat tawaran kerja.

Baca Juga Dekat Slip Gaji Korang Ada Potongan EIS Tak?

Ini ada beberapa Tips daripada Pakar dalam bidang HR, Muhammad Fahmy berkongsi untuk anda tahu dan semak setelah dapat surat tawaran tersebut.

1. Bila Nak Kena Minta Offer Letter Kerja?

Surat tawaran kerja wajib diterima sebelum melaporkan diri di tempat kerja baru.

Maksudnya, walaupun anda telah diberitahu tentang tarikh untuk masuk ke tempat kerja baru tetapi selagi surat tawaran kerja belum diterima, anda ada hak untuk memintanya sebelum masuk ke syarikat tersebut.

Peringatan bersama, surat tawaran kerja yang rasmi haruslah diterima sebelum atau pada hari pertama lapor diri.

2. Jika Company Belum Bagi Offer Letter, Apa Tindakan anda?

Haa… kalau bakal majikan tak bagi atau tidak menjanjikan apa-apa surat tawaran kerja, anda berhak untuk tidak melaporkan diri.

Jadi, sekiranya anda ingin meminta surat tawaran kerja itu adalah hak anda dan berhak untuk menggesa pihak syarikat untuk menyediakan surat tersebut dengan secepat mungkin.

Sekali lagi, jika mereka tidak dapat menyediakan surat tersebut, anda boleh melaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja. Laporkan di sini Jabatan Sumber Manusia Menteri Sumber Manusia.

3. Apa info Penting Yang anda Perlu Tahu Dalam Offer Letter Kerja?

Mungkin ramai yang tidak ambil tahu tentang surat tawaran tersebut. Jangan ambil mudah.

Mohon baca dan fahamkan setiap perkara dan perkataan yang anda tidak pasti maksud sebenar dalam offer letter tersebut.

Pihak majikan (Human Resources) wajib terangkan satu per satu. 

Apa yang penting, sama ada boleh dipercayai atau tidak adalah dengan semak dahulu senarai info-info penting seperti ini:
14-perkara-wajib-semak-lepas-terima-offer-letter-2020

4. Kenapa Offer Letter Penting?

Surat tawaran kerja sangat penting bagi seseorang yang bekerja di sesebuah syarikat atau jabatan kerajaan kerana ia merupakan bukti bertulis rasmi daripada pihak majikan.

Selain itu, surat tawaran kerja juga penting bagi menjamin pekerja itu untuk mendapat perlindungan oleh pihak majikan atau kerajaan. (cek juga dalam offer letter Adakah pihak majikan memberi epf dan socso benefits)

Dapat sesuatu dalam perkongsian ini?

Baca Juga Tips Dapatkan Pekerjaan Demand di Malaysia (Install 7 Aplikasi Apps Store) Ini

Sila kongsikan dengan kawan-kawan dan family members supaya mereka juga tidak tertipu dengan bakal majikan yang sengaja ambil kesempatan tenaga kita untuk bekerja.

Semoga bermanfaat.

.
sumber SK


Discover more from KERJA AIRPORT

Subscribe to get the latest posts sent to your email.