Skip to content

Nasihat Menghadapi Covid19 – Ustaz Hj Shahrin Pengasas Rezeki.com.my

Ustaz-Hj-Shahrin-Pengasas-Rezeki-dot-com-dot-my

Assalamualaikum,

Info Yang Anda Perlu Tahu..

Secara statistik, Malaysia berada di Ranking Tertinggi jangkitan Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah SERIUS.

Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Sekarang?

[Dah Baca?] Panduan Lengkap Solat Sunat Aidilfitri di Rumah 2020 oleh JAKIM

1. Elak dari pergi ke kedai dan restoran untuk makan di sana. Jika ada keperluan mendesak, tapau saja. Order Grab Food atau Panda Food untuk lebih mudah.

2. Elakkan dari membawa anak kecil keluar ketika pergi shopping barang keperluan di supermarket. Jika perlu, pergi seorang sahaja dan itu pun diambil langkah pencegahan sebaik mungkin.

3. Sebaik mungkin, elak dari menyertai program / berjumpa dengan orang ramai jika tidak berkeperluan. Jika jumpa pun, pastikan berada pada jarak 1 Meter. Elakkan dari melakukan sebarang sentuhan seperti bersalam.

4. Jika ada orang yang telah rancang kenduri / majlis perkahwinan dalam waktu ini. Dicadangkan sekadar adakan majlis akad nikah dan ditangguhkan majlis kenduri tersebut.

5. Educate sahabat, kenalan, jiran, rakan, saudara keluarga kita untuk sama sama menjaga batas batas ini. Tak guna, kita betul betul jaga tapi kemudian satu hari kita terdedah dengan kawan kita yang datang ke rumah kita dan membawa virus itu bersama.


6. Kini bermulalah *KAWALAN PERGERAKAN* bagi semua rakyat Malaysia, saya mohon kita sama sama BERSATU dalam menghadapi ujian daripada Allah ini.

7. Perbanyakkan doa dan solat hajat, mohon bantuan dari Allah agar masalah ini dapat dijauhi segera dari Malaysia dan seluruh dunia amnya.

8. Banyakkan bersedekah pada waktu ini, kerana bersedekah dapat menjauhkan kita dari bala Allah.

9. Elakkan membuat pembelian panic melampau. Jika membeli barang keperluan, beli lah sekadar mencukupi keperluan untuk 2 minggu, jangan beli berlebihan sangat. Kesian orang lain pun nak beli juga.

10.Banyakkan amalan Kerohanian di waktu ini, agar Allah memudahkan urusan kita. Amalkan zikir ini, agar dihindari dari wabak tersebut..

Bersusah susahlah sedikit hari ini, demi kesenangan di kemudian hari. Jika kita bersikap sambil lewa, isu ini tidak akan berkesudahan.

Yakinlah dengan janji Allah dalam Surah Al Insyirah yang maksudnya, “Setiap kesulitan akan diselangi dengan kesenangan…..”

Wassalam.

Jangan Lupa SHARE artikel Nasihat Menghadapi Covid19 – Ustaz Hj Shahrin Pengasas Rezeki.com.my ini kepada kawan rakan yang anda sayang. Tekan butang share facebook, whatsapp dan telagram yang disediakan.


kredit gambar Majalah Niaga