MAYBANK-Beri-Peringatan-Jangan-Install-Maybank2u-Fake-Apps-Melalui-SMS-Atau-Email

MAYBANK Beri Peringatan Jangan Install Maybank2u Fake Apps Melalui SMS Atau Email. | Sejak kebelakangan ini mudah sangat kan kita ada terima SMS di handphone atau forwarding Whatsapp mengenai sesuatu isu yang sedang Viral.

Dan dalam banyak-banyak berita sensasi yang di viral-kan itu, tidak ketinggalan updates berkaitan Apps yang kita selalu gunakan di handphone kita.

Sebagai contoh kita memang ada guna Apps Maybank2u kan untuk apa-apa tujuan transaksi di hujung jari?

Kalau kita ada menerima mana-mana SMS di handphone mahupun forwarding mesej di whatsapp atau mana-mana platform chatting yang kita selalu gunakan, JANGAN SESEKALI kita sibuk nak tekan Link yang diberikan atau kita sibuk-sibuk nak forward semula mesej tu dekat kawan kita.

Bukan saja bahaya untuk kita malah ingatkanlah orang yang disayangi.

Ingat! Nak updates Apps yang ada dekat handphone kita dekat mana?

Hanya melalui google play store atau Apple apps store sahaja.

JANGAN sesekali gatal jari tu nak updates apps dekat Link yang kita dapat SMS atau forwarding whatsapp.

Tengok gambar untuk lebih jelas. (ini terjemahan dari IKLAN Maybank apa yang Admin faham lah)

MAYBANK-Beri-Peringatan-Jangan-Install-Maybank2u-Fake-Apps-Melalui-SMS-Atau-Email

1. Jangan Download @ Install Apps Maybank2u atau mana-mana Apps yang kita selalu guna di Handphone menerusi SMS yang dihantar di SMS biasa phone korang , whatsapp atau email etc.

Korang kalau nak guna sesuatu Apps tu, korang mesti install @ updates dekat mana? korang cari dekat google play store atau Apple store kan? Haa, guna yang kat situ je okay ..

2. Jika korang iPhone user, Jangan berangan laa nak downgrade iPhone tu ke Android system pulak kan? Cerdik laa sikit

3. Apa sahaja Apps yang korang suka sangat nak Install dekat phone korang, Jangan sesekali nak masukkan Username & password perbankan online korang.

Eh, cerdik la sikit kan, takkan kau Install Apps Nakal tu tapi alih-alih nak kena masukkan personal details berkaitan bank korang kan. Tak ke jemahhh .. hehehe

4. Ini part paling korang kena Alert! Korang perasan ke tak, masa lepas korang install Apps tersebut akan ade pop up mesej bagitahu Apps tu request nak view korang punya kamera la, apa la, itu la kan untuk verification?

Okay, Jangan benarkan Apps yang korang install tu untuk view SMS korang dan send apa-apa Updates dekat SMS korang.

Walaupun itu secara general untuk tujuan marketing in-future developer tu, please guys hati-hati okay ..

5. Admin tak pasti laa iPhone user macam mana tapi Admin memang guna Android Phone sejak azali lagi, selepas a few days korang install sesuatu Apps tu, akan keluar Pop up mesej berbunyi : Apps Ini Malicious, sila updates the new one! haa hati-hati yer.

Takkan la korang dah install sesuatu Apps yang dipercayai tiba-tiba keluar mesej macam tu, so cek semula dekat google play store kalau betul ada new updates, silakan .. sekiranya tidak maknanya kau memang timahhh beb ..

sumber Secure2u a safe and convenient way to authorise transactions


Discover more from KERJA AIRPORT

Subscribe to get the latest posts sent to your email.