Berminat Kerja dalam Industri Penerbangan? Mohon Kursus Penerbangan Sekarang!
Anda suka tengok Kapal Terbang, suka dengar deruan bunyi enjin kapal terbang semasa berlepas (departed) dan semasa mendarat (landing)?
Suka melihat suasana Airport?
Dan anda betul-betul teringin dan berminat hendak bekerja dalam industri penerbangan satu hari nanti?
Jika YA! jawapan anda, baca artikel perkongsian seorang bekas Airlines Staff yang pernah bekerja dengan syarikat penerbangan terulung dunia sekitar tahu 2013 sehingga tahun 2016 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ini.
Jom kita sama-sama hayati perkongsian pengalaman saudara Asyraf Asri ini ..
..”Anak muda zaman sekarang dah pilih bidang kos belajar selepas tamat SPM.”
Salute! Tahniah lah .. saya dulu tak pernah terpikir nak sambung belajar dalam jurusan penerbangan ni. Tak pernah terlintas dekat kepala otak ni.
Serius memang tak terlintas langsung.
Last-last belajar lain. Dapat kerja pun lain bidang dekat Airport.
Masa tu saya bekerja di KLIA 1.
Jawatan saya ketika itu Customer Service Agent (check-in counter).
Pelajar Lepasan SPM Mohon Kursus Diploma Penerbangan
Saya perasan sejak tahun 2017, anak muda lepasan SPM sudah pandai dan tahu nak pilih kos bidang apa nak belajar untuk kerjaya masa depan.
Saya rasa korang ni semua mesti banyak sedarkan Ibu Bapa korang, yang korang nak ambik jurusan tertentu sebab korang dah nampak masa depan tu kan? ..
hehehe … bagus !! Ini yang kita mahu, bertindak dengan akal fikiran yang waras.
Kalau betul lah cara korang pujuk Mak Ayah korang tu.
Alhamdulillah rezeki korang.
Yang penting dah dapat belajar tu, gunakanlah rezeki peluang yang ada tu sampai korang berjaya.
Okay cukup. Nanti kita borak lagi pasal pengalaman saya bekerja di Airport sebagai Airlines staff ni.
Sekarang kita fokus kepada topik yang korang tengah cari dekat google.
Akhirnya terjumpa blog saya ni.
Terima Kasih lah kerana sudi share dekat kawan-kawan korang ya tentang blog ni.
Serius! Banyak lagi artikel saya akan kongsikan dengan korang yang berminat nak bekerja di Airport sebagai Airlines / Aviation staff.
InsyaAllah saya akan bantu korang mengikut pengalaman kerja saya.
Korang bagi semangat dekat saya dengan SHARE artikel dunia penerbangan ini dekat kawan-kawan dan sahabat serta family korang okay.
Itu je saya mintak.
Kalau korang masih tercari-cari peluang pekerjaan yang luas disamping gaji lumayan, korang perlu tahu bahawa bidang penerbangan adalah salah satu bidang Terbaik masa kini untuk memulakan kerjaya.
Terutama bagi korang yang suka dunia glamor ni.
Hahah jangan malu untuk mengaku. Saya sendiri pun suka dunia penerbangan ni.
Korang wajib tahu, Laporan terbaru dari Syarikat Pengeluar Kapal Terbang, Boeing memaparkan 240,000 juruterbang, 242,000 juruteknik dan 317,000 krew penerbangan diperlukan menjelang tahun 2037.
Haaa … suka tak dapat tahu pasal ni ?? Mestilah suka kan.
Okay teruskan bacaan !
Negara China diramalkan memerlukan 800,000 pekerja baru diikuti dengan Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Permintaan yang tinggi ini membuktikan bahawa, industri penerbangan ini menjanjikan peluang pekerjaan yang luas dengan tawaran gaji yang lumayan pada masa kini dan hadapan.
Jadi pelajar lepasan SPM, dah baca artikel ni.
Buat keputusan bijak untuk masa depan anda secepat mungkin.
Lagi bagus bila dapat tau pasal artikel saya tulis ni bila tinggal 1 paper exam SPM tu. hehe
Jangan ikut kawan, jangan ikut trend semasa.
Tetapi minat korang tu sangat penting untuk melakar masa depan yang korang idamkan selama hari ni.
Mohon Kursus Diploma in Aviation Sekarang Di Kolej Penerbangan ADMAL
Persoalannya sekarang, bagaimana hendak bekerja dalam industri ini?
Bolehkah dengan hanya pergi memohon tanpa sebarang pengalaman dan kemahiran?
Untuk bekerja dalam jawatan yang biasa, tentunya mudah tetapi gaji yang diperolehi tidaklah lumayan.
Jadi untuk bekerja dan memperolehi gaji yang tinggi, korang tidak ada pilihan lain melainkan perlu ada kemahiran dan kelayakan.
Dimana korang boleh sambung belajar untuk mendapatkan kemahiran dan kelayakan tersebut ?
Pastinya kursus yang ditawarkan ini diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Tak perlu ragu dan gundah gulana dah. Boleh guna Sijil ni untuk bekerja di semua Airport seluruh dunia.
Salah satunya adalah di Kolej Penerbangan Admal yang terletak di Sepang, Selangor.
Sekiranya korang ingin memohon melanjutkan pengajian dalam bidang ini, korang boleh sambung belajar di Kolej Penerbangan Admal.
Program pengajian mereka semuanya diiktiraf oleh CAAM.
Siapa tu CAAM ? CAAM dulu dikenali sebagai DCA, tapi sekarang sudah ditukar nama kepada CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia)
CAAM ni lah yang meluluskan semua kursus pengajian dan lesen berkaitan penerbangan.
Kolej ADMAL ada menawarkan 2 program pengajian Diploma dan 3 lesen personel penerbangan.
Klik Disini ya kawan kawan untuk Apply Kursus Penerbangan di Kolej ADmal.
Jangan Lupa Share dekat kawan-kawan ya. 🙂
Semoga bermanfaat !
.
sumber ex Emirates & Malaysia Airlines Staff
credit picture After School My
Discover more from KERJA AIRPORT
Subscribe to get the latest posts sent to your email.