Skip to content

Cara Buat Resume Online (Yang Percuma, Simple dan Ringkas)

Cara-Buat-Resume-Online

Pertama sekali, cara buat resume secara online ini, tidak janji boleh dapat kerja. Yang paling penting sekali, kita cuba dan usaha!

Yang penting, kena tahu cara buat resume online supaya mudah untuk edit di mana-mana sahaja.

Berikut adalah cara buat resume online yang bukan hanya sesuai untuk fresh graduate, tetapi sesiapa sahaja.

#Cara Buat Resume Online

Ada banyak tools yang ada. Cuma kena pandai pilih. Guna yang kita selesa.

#Guna Canva Untuk Buat Resume Online

Di Canva, ada lebih kurang 980 contoh resume yang kita boleh guna. Dan ia percuma sahaja. Kami ulang sekali lagi, Free!

Terlalu banyak laman yang menawarkan khidmat buat resume online. Namun, bila pilihan terlalu banyak, kita jadi kalut. Tak tahu nak guna yang mana satu.

Ikutlah nasihat kami, gunakan Canva kerana ia mudah digunakan. Namun jika anda ada cadangan laman web lain yang memberikan perkhidmatan buat resume online yang mudah dan menarik, mohon beritahu di ruangan komen.

Boleh edit samada mahu guna Bahasa Inggeris, atau ubah terus dan buat resume dalam Bahasa Melayu. Maaf, kami tidak ada contoh resume dalam Bahasa Melayu.

Perlu diingatkan, bila sudah siap buat resume, jangan “Save” sebagai .jpg pula.

Pastikan “Save” dalam bentuk fail .pdf untuk memudahkan menghantar kepada bakal majikan.

#Jangan Letak Gambar Ala-Instagram

Seriuslah sedikit. Jangan ingat cari kerja macam cari jodoh.

Kami terima banyak resume yang menyertakan gambar tengah selfie, gambar sedang bercuti dengar latar belakang tempat menarik.

Ada juga yang letak gambar belakang mereka. Entah apa motif mereka, kami tidak pasti.

Baca Juga Rahsia Resume Yang Patut Korang Baca Dan Fahamkan Sebelum Mohon Kerja

#Buat Resume Online, Satu Muka Sahaja

Ingat orang yang baca resume kita ada masa? Dia pun ada kerja lain juga. Kadang-kadang, sehelai pun jenuh nak cari maklumat yang berterabur. Apatah lagi kalau 4-5 muka surat.

Ingat, pastikan resume yang dibuat secara online itu ringkas, padat dan menarik. Lebih bagus jika pandai buat resume infografik yang hanya satu muka sahaja.

Bagaimana untuk buat resume satu muka sahaja? Lihat penerangan seterusnya.

#Gunakan Banyak Visual

Jangan tulis panjang-panjang tentang pengalaman kerja. Susah otak nak proses. Gunakan lebih banyak visual yang lebih mudah orang dapat tangkap.

Kalau fresh graduate, anda lagi kena guna banyak main visual kerana sah-sah tiada pengalaman. Jangan pula letak pengalaman kerja sebagai ‘cashier’ selepas habis SPM. Tidak relevan.

Contoh visual ialah berapa bintang skil dalam Adobe Photoshop contohnya. Jangan pula letak skil lima bintang dalam Microsoft Excel, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan seangkatan dengannya.

Sejujurnya, menggunakan aplikasi Microsoft, tidak perlu letak sebagai skil langsung.

#Kalau Boleh, Jangan Guna Microsoft Word

Nama pun resume online, jadi tak perlulah guna Microsoft Word. Walaupun Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint ada yang online, ia tidak mesra alam.

Kenapa jangan guna Microsoft Word dalam format .docx?

Sebabnya, format akan lari. Ia sama sekali tidak sama seperti yang kita tengok dalam komputer sendiri.

Paparan resume dalam Microsoft Word akan berterabur dan tidak jelas dibaca oleh bakal majikan.

Alternatifnya ialah, gunakan format .pdf.

Melainkan mahu cetak resume dan bawa sekali semasa temuduga, itu tidak kisah.

Buat resume online cuma satu langkah pertama untuk dapatkan kerja yang kita idamkan. Semestinya ia bergantung kepada keadaan kita semasa proses temuduga nanti.

Fahami konsep rezeki, jika diizinkan Allah, adalah rezeki untuk kita nanti. Jangan putus-putus berdoa dan bersabar. Pasti ada ganjarannya.

Semoga bermanfaat.
.
.
.
Sumber TheRohani

1 thought on “Cara Buat Resume Online (Yang Percuma, Simple dan Ringkas)”

  1. Max Fieldlander anak henry

    Selamat pagi,
    Saya baru lepasan SPM kerana saya ingin mencari kerja di airport Kuching Sarawak cargo atau polis bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.