Skip to content

Biodata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Biodata-Syed-Saddiq-Syed-Abdul-Rahman

Biodata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Nak tahu biodata Syed Saddiq?

Siapa yang tidak mengenali Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan suatu tika dahulu. Anak muda ini sering menjadi perhatian ramai kerana usianya yang begitu muda, malah memiliki raut wajah yang tampan.

Beliau seorang kuat bekerja sehinggakan pernah melalukan beberapa kerja sambilan pada satu masa. Antaranya adalah pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam, pelatih debat di UIAM, penyelidik di Bait Al-Amanah dan beberapa lagi tugas seperti memperjuangkan isu – isu berkaitan belia.

Beliau seorang yang sangat cool, memiliki sense of humor yang tersendiri, senang diajak berbincang, tidak sombong dan begitu matang dalam mengutarakan pendapat. Jom kenali latar belakang beliau dengan lebih mendalam lagi.

Latar Belakang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Pemuda berumur 29 tahun ini dilahirkan pada tanggal 6 Disember 2020 di Pulai, Johor Bahru. Merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik dengan dua orang abang dan seorang kakak.

Syed Saddiq merupakan anak seorang buruh binaan dan merupakan warga Singapura yang seringkali berulang alik dari Johor ke Singapura untuk bekerja. Ibu beliau pula merupakan seorang guru bahasa inggeris sering mengadakan kelas tuisyen sehingga lewat malam sebagai pendapatan tambahan.

Biodata-Syed-Saddiq

Pendidikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru dan kemudiannya meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Pada ketika itu, ibu beliau yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris mengajar di sekolah yang sama.

Setelah mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), beliau telah melanjutkan pengajian di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Undang – Undang. Semasa belajar di UIAM, beliau telah memenangi pertandingan debat peringkat Asia dan meraih kemenangan sebagai Juara Debat Asia.

Syed Saddiq yang mendapatkan pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang telah berjaya menamatkan pengajian dengan Kepujian serta menerima Anugerah Platinum pertama IIUM kerana kecemerlangannya dalam bidang akademik.

Sepanjang tempoh pengajian, beliau juga turut menerima Anugerah Rektor IIUM. Beliau kemudiannya telah meneruskan felo akademik di Universiti Temple Philadelphia dalam perbandingan agama dan juga seni dialog.

Syed Saddiq juga telah ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam jurusan dasar awam peringkat sarjana di Universiti Oxford, United Kingdom dan ditawarkan biasiswa Blavatnik bagi pengajiannya di Universiti Oxford namun menolak tawaran tersebut bagi menumpukan perhatian kepada portfolio yang dipegang ketika itu.

Baca 10 Cara Nak Dapatkan Tawaran Kerjaya Pensyarah Kolej & Universiti

Politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Pada tahun 2017, Syed Saddiq telah menolak untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England biarpun ditawarkan biasiswa bernilai RM 400,000 kerana ingin terus aktif dalam bidang politik. Penglibatan yang aktif dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menyebabkan beliau dilantik sebagai Ketua Armada seawal umur 23 tahun.

Selain menjadi Ketua Armada, beliau juga merupakan Ahli Parlimen Muar. Pada usia seawal 25 tahun, beliau telah dilantik menjadi menteri termuda dan menerajui Kementerian Belia dan Sukan selepas memperolehi kemenangan semasa pilihan raya ke-14 dan menggantikan Khairy Jamaluddin yang telah menjawat jawatan tersebut selama tiga tahun.

Sebagai seorang Menteri termuda, beliau telah mencadangkan agar umur kelayakan pengundi di Malaysia di tukar kepada 18 tahun berbanding 21 tahun umur kelayakan mengundi sebelum ini yang membolehkan lebih ramai anak muda membuat pilihan semasa Pilihanraya Umum ke-15 nanti.

Kejayaan dan Sumbangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Seawal berumur 23 tahun, Syed Saddiq telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan telah menjadi Ketua Armada dengan pimpinan Tun Dr Mahathir. Syed Saddiq menjadi seorang pemikir polisi awam dan menjadi pelatih pasukan debat yang berhubungan antarabangsa secara berkala dengan negara seperti Indonesia, Filipina, China dan Qatar.

Malah beliau turut menjadi kolumnis bagi media Free Malaysia Today dan MalaysiaKini.

Beliau yang sememangnya handal dalam dunia perdebatan turut mendapat pengiktirafan dari Perdana Menteri dengan Anugerah Perdana Belia dan pernah memegang rekod pendebat terbaik Asia tiga kali berturut bagi Kejohanan Debat Universiti Dunia.

Malah, pernah memenangi anugerah sebagai pendebat terbaik Australasia, Cambridge dan juga Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL).

Beliau juga pernah menerima Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian, Anugerah Kepimpinan Pelajar Kebangsaan Kementerian Pelajaran dan juga Anugerah Merdeka daripada Menteri Belia & Sukan.

Syed Saddiq juga antara individu pertama di Asia yang dilantik menjadi Ketua Hakim untuk Cambridge InterVarsities di UK dan merupakan Ketua Hakim bagi Kejohanan Debat Universiti Dunia di Belanda.

Beliau juga pernah dijemput untuk berkongsi ilmu perdebatan dan juga pembangunan belia di seminar yang dianjurkan oleh 25 negara yang terdiri dari Filipina, Pakistan, Taiwan, China, Afrika Selatan, Qatar dan banyak lagi. Malah, pernah bercakap di Tedx Youth serta pelbagai symposium berkaitan anti-rasuah.

Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan dan merupakan antara pensyarah termuda di UIAM. Beliau juga merupakan ahli termuda di Majlis Perundingan Kewangan Politik Kebangsaan.

sumber biodata syed saddiq
sumber gambar google images