5-Lokasi-Cawangan-Eco-Bakery-Seluruh-Malaysia-2022

5 Lokasi Cawangan Eco-Bakery Seluruh Malaysia 2022

5 Lokasi Cawangan Eco-Bakery Seluruh Malaysia.  Di Malaysia kita semua sudah ketahui bahawa kita mempunyai kedai saka iaitu kedai RM2. Atau lebih dikenali sebagai kedai Eco-Shop.

Selepas kewujudan kedai RM2, syarikat Eco-Shop kini bergerak lagi maju kehadapan apabila memperkenalkan Eco-Bakery yang kini sudah mula buka beberapa cawangan di seluruh Malaysia.

Kita selalu nampak kedai 2 ringgit Warna Merah yang menjual barangan keperluan harian, tetapi Eco-Bakery kedai Warna Hijau dimana ianya menjual makanan berasaskan Roti dan minuman Kopi.

Kepada anda yang penat menunggu isteri dan anak-anak membeli barangan di kedai saka ini, anda sebagai suami boleh membeli roti dan Kopi serta boleh lepak di dalam kedai Eco-Bakery sementara menunggu mereka habis di-saka. hehehe ..

Anda boleh dapatkan roti, muffin, donut, jem, aiskrim dan kopi dengan harga yang sama lagi murah. Tiada ditempat lain.

Yang paling menarik dimana kesemua harga adalah tetap iaitu RM2.90 sahaja.

5 Lokasi Cawangan Eco-Bakery Di Seluruh Malaysia

Anda tak perlu risau, kerana Roti Hari Ini iaitu roti baru yang disediakan setiap hari adalah Tanpa Pengawet Tambahan dan ia juga memang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan kena dengan poket kita.

Swiss roll, cheese polka dot, salad bun, aiskrim creamy caramel, Eco coffee tart, bamboo salty coffee dan banyak lagi antara menu makanan yang disediakan Eco-Bakery.

Macam mana suke tak?

Boleh Datang Sekarang! ke cawangan berhampiran anda yang kini sudah dibuka di beberapa lokasi seperti berikut :

1. Segamat Johor

A008, U Sentral Segamat, Jalan Utama 3/2, Taman Utama, 85000 Segama Johor

2. Selayang, Selangor

No. 1A, (Ground Floor), Ideal Convention Centre, Jalan PS 10, Taman Prima Selayang 68100, Batu Caves, Selangor

3. Klang, Selangor

No. 9 (Ground and First Floor), Jalan Astaka 1A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

4. Sungai Besar, Selangor

PT 2338, No.2 (Ground & First Floor) & PT2339 No.4 (Ground Floor), Mutiara Naga Sungai Besar Jalan MNSB1, 45300 Sungai Besar, Selangor

5. Desa Petaling, Selangor

No. 55 (G, 1st & 2nd Floor), Jala 1/125D, Taman Desa Petaling, 67100 Kuala Lumpur

Nak lepak santai atau dine-in pun boleh disini.

Sambil-sambil tu boleh hirup kemanisan Eco Coffee bersama beberapa kepingan roti kan shedappp gitu.

Untuk lebih info, boleh pergi ke laman facebook rasmi Eco-Bakery Malaysia.